Sunday, 8 February 2015

MEE SUP SEDAP..!!

Assalamualaikum....

Bangun pagi hujung minggu, tak tau nak buat apa. Ye la..Kalo keje, kite buleh pegi keje kan. So intai-intai la apa ada dalam peti sejuk. Al-maklumlah nak balik cuti raya cina, nak kosongkan peti..katanya. Intai-intai ada la mee kuning satu paket yang beli minggu lepas. Godek-godek lagi, ada fishcake dua ketui. Emmm...telur ada. Kepala duk pikiaq kalo buat mee goreng sedap juga, tapi minggu lepas baru buat mee goreng. Aisshh..tukar menu la plak, kan muak lak. Emm..tenung punya tenung mee kuning tu, ting..!! Apa kata kalau buat mee sup. Tapi ayam tak ada, daging apatah lagi. So apa lagi, start enjin kete, pegi la pasar pagi tu. Nasib pasar dekat je. Pegi pasar beli la satu kilo daging dan 5 ketul tulang..Beli juga daun sup dan daun bawang. Kan nak buat mee sup.

Balik-balik, operasi dimulakan. Resepi saya ambil dari Kak Azie Kitchen. Tenkiu Kak Azie sebab share resepi sedap. Jom tengok bahan yang saya guna untuk kami makan 4 orang. Sampai ke malam menu ni.. Pemalas punya pasal. hihi. Saya memanfaatkan sepenuhnya daging and tulang yang dibeli..hehe. Tapi ada sedikit penderhakaan kepada resepi Kak Azie...Nak abiskan barang dapur punya pasal.




Bahan bahan:
Rempah kasar (Bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
Daging - potong kecil
3 ketul tulang
2 bawang merah - hiris
2 bawang besar kuning - kisar
1 labu bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1 sb jintan manis
1 sb serbuk lada hitam
1 gelas air asam dicampur dengan 1 ibu jari belacan bakar. 
1 sudu stok ayam
1 biji kentang
Air secukupnya (saya guna 3 bekas blender sebab nak bagi daging empuk)
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan lain:
2 pek mee kuning/mee hoon - celur
1 ikat sawi - celur
Daun sup - hiris
Bawang goreng

Cara-cara:
1. Tumis rempah kasar, bawang merah. Bila dah naik bau, baru masukkan bawang besar kuning. Tumis sampai naik bau.
2. Masukkan air, daging, bawang putih, halia, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam dan biarkan reneh.
3. Bila dah agak-agak da setengah jam, masukkan stok ayam. air asam jawa dan belacan. Bolehlah masukkan kentang.
4. Saya biarkan sup mereneh lama sambil tu kita hiris daun bawang dan daun sup, kita celur mee kuning dan sawi.
5. Akar daun sup tu orang kata menyedapkan sup. So kita campak la akar yang dah bersih dalam sup.
6. Agak-agak dah puas hati dengan keempukan daging dan dah tambah garam secukup rasa, bolehlah masuk fishcake dan tutup api. Kalau tak ada fishcake pun tak apa.


Done...
Inilah hasil yang tak seberapa. Sebab dah malas nak buat sambal kicap, makan macam ni je.



Thursday, 5 February 2015

TAMAR COCOA..?

Assalamualaikum..

Penah dengar tak Tamar Cocoa ? Tak pernah ?

Tamar Cocoa ni satu produk keluaran bumiputera Muslim yang mana produk ini berasaskan kepada cocoa dan buah tamar (kurma). Memang sangat berkhasiat dan pastinya ia disukai oleh anak-anak anda. 

Bagi yang tak tahu, sebenarnya dah ramai telah beralih daripada MILO (produk keluaran Nestle) kepada Tamar Cocoa. Sebabnya, sebagaimana kita sedia maklum, Nestle merupakan salah satu produk Israel Laknatullah.


So rasanya ibu bapa sekarang sudah mempunyai kesedaran dalam memberikan makanan terbaik kepada anak-anak kan.. MasyaAllah, sedap sungguh tamar cocoa. Ini antara testimoni yang menghantar gambar anak-anak mereka. Anak suka, ibu pun suka. Minuman seisi keluarga. Juga sesuai untuk ibu mengandung, ibu menyusu, ibu dalam pantang.


 MasyaAllah....Sedapnya..


Ini antara contoh packaging Tamar Cocoa (sachet). Tamar Cocoa ada juga packaging 900 gram. Harga pasaran Tamar Cocoa hanyalah RM 21. Manakala harga ahli pula RM18. So sape nak harga murah, boleh hubungi saya di nombor 013-3153134. Jadi apalagi wahai seluruh rakyat Besut dan Tanjong Malim sekalian, jom dapatkan Tamar Cocoa.





SUSU KAMBING TOK ALI PELBAGAI PERISA

Assalamualaikum....

Nak tengok-tengok susu kambing Tok Ali ? Susu kambing Tok Ali ada macam-macam perisa antaranya Mighty Goat Original, Mighty Goat Chocolate, Mighty Goat Honey, Mighty Goat Spirulina, Mighty Goat Dates (Kurma) dan macam-macam lagi la. Jom kita tengok pelbagai jenis susu kambing Tok Ali...


Setiap belian produk Mighty Goat, saya bagi percuma satu bag hijau ni.. cantek kan. Stok beg ni terhad tau. So apa lagi, jom la cepat-cepat dapatkannya.


Ada juga Mighty Goat Ginger (Halia) dan Mighty Jack (Kopi Tok Ali).. Mighty Goat Ginger memang sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah angin dalam badan, bau badan serta membantu meneutralkan asid dalam perut. Mighty Jack pula merupakan minuman campuran yang diadun bersama 3 herba iaitu Tongkat Ali, Gingseng, Guarana. Memang sesuai untuk menghilangkan keletihan dan mengembalikan tenaga setelah penat bekerja seharian.

 
Ada juga Kopi Habbatus Sauda (Wonder Seed) yang mana ianya merupakan kombinasi antara Tongkat Ali dan Habbatus Sauda. Minuman ini boleh menormalkan kandungan kolestrol dalam badan serta mengawal stress. So siapa yang suka jaga malam, boleh cuba kopi ni. Sebabnya kesannya sendiri saya boleh rasa. Bila nak stay up buat kerja, minum kopi ni dalam jam 7 malam tapi bila jam 1 pagi, masih tak mengantuk atau letih walaupun dah seharian bekerja.

Bagi yang perasan gambar kat bawah ni, Mighty Goat Ginger ni ada dua jenis packaging iaitu satu yang 1 kg manakala satu lagi berbentuk sachet. Satu kotak ada 20 sachet.

Kalau anda berada di sekitar Tanjong Malim, Perak dan berniat nak dapatkan susu kambing Tok Ali ni, boleh la hubungi saya di nombor 013-3153134.. Area Besut, Terengganu pon boleh.